Cari Blog Ini

Selasa, 18 Mei 2010

FOKUS DAN HALATUJU SYARIKAT


Objektif dan halatuju syarikat adalah seperti berikut

  • Untuk jangkamasa pendek pihak syarikat bersetuju untuk menumpukan kepada aktiviti perniagaan yang berupaya memberikan pulangan transaksi secara tunai. Antara aktiviti perniagaan tersebut adalah kerja-kerja perladangan termasuk mengambil sub kerja di ladang-ladang swasta dan persendirian.

  • Untuk jangka masa sederhana, pihak syarikat memutuskan untuk memajak ladang-ladang kelapa sawit dan getah di sekitar Daerah berdekatan.Disamping itu juga pihak syarikat berminat untuk membawa pekerja asing masuk ke negara ini bagi tujuan menyediakan bekalan tenaga buruh kepada mana-mana syarikat dan individu yang berminat.

  • Bagi jangka masa panjang pula, pihak syarikat berusaha untuk mencari peluang-peluang baru dalam bidang-bidang yang berpotensi tinggi untuk dimajukan. Pihak syarikat juga telah memohon kawasan seluas 50 ekar untuk di majukan bagi tanaman kontan. Walaubagaimana pun ianya masih dalam proses kelulusan. Bagi menambah cabang aktiviti ekonomi syarikat, pihak lembaga pengarah telah merangka satu kertas kerja untuk membina dan memproses sumber air bawah tanah untuk dijadikan produk air mineral dan berharap dapat bersaing hingga ke peringkat global.
sekian, selamat maju jaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan